Advertisement
LONDON: Pereka cipta terkemuka Britain telah memberi amaran bahawa “generasi Google” yang terlalu bergantung kepada Internet untuk maklumat-maklumat yang dibaca, berdepan dengan kemungkinan mengalami bengap otak atau “kematian fungsi otak.”Pencipta radio wind up (radio berkuasa manual), Trevor Baylis, berkata remaja semakin hilang daya kreativiti serta kemahiran secara praktikal kerana terlalu banyak menghabiskan masa di hadapan skrin komputer. Kata Baylis, 75, dia amat bimbang generasi pereka cipta akan datang, akan hilang dan kebanyakan anak muda hari ini tidak mampu berusaha sendiri untuk melakukan sesuatu melainkan dibantu oleh pencarian di Google.
“Namun, remaja masakini boleh mengembalikan kemahiran penting itu jika sekolah menggunakan mainan praktikal seperti Meccano,” katanya ketika mengulas tabiat bermain secara praktikal telah berpindah kepada alam ilusi di komputer. Meccano adalah alat mainan menggunakan pelbagai jenis bahan terpakai, seperti kepingan keluli, skru dan nat.
Ia perlu digabungkan antara satu sama lain bagi membina pelbagai objek. Kata Baylis, remaja perlu diajar melakukan sesuatu dengan tangan, bukan bergantung kepada atau komputer dan kini telah menular ke telefon bimbit. “Memang mereka perlu menggunakan komputer dari semasa ke semasa, tetapi ada terlalu ramai yang menggunakan alat itu secara berlebihan dan tanpa kawalan.
“Mereka bergantung kepada carian Google dan ramai remaja akan menjadi seperti mati otak jika terlalu bergantung harap kepada Internet kerana mereka tidak mampu melakukan sendiri mengikut cara lama,” katanya. Mengenang semula bagaimana dia menjadi pereka cipta, Baylis berkata, dia bermula seawal usia lima atau enam tahun.
Ketika perang, katanya, dia tidak bersekolah dan sering merayau di kawasan rumahnya di Southhall, Middlesex, untuk mengumpul bahan terbuang. “Satu hari, saya bertemu seorang wanita yang menghadiahkan sekotak besar barang. Dalam perjalanan pulang, rasa ingin tahu mendorong saya membuka kotak berkenaan di pertengahan jalan dan mendapati ia adalah satu set besar Meccano,” katanya.
-
0 Response to "BENARKAH KERANA 'GOOGLE'.., OTAK BOLEH JADI BENGAP ??"
Post a Comment