ITUKAH YANG DIKATAKAN CINTA?

Advertisement
Apabila menyebut soal cinta, selalu orang merujuk kepada lelaki dan wanita yang sedang dilamun cinta. Itukah Cinta?  Bahkan kebanyakan orang bertanggapan negatif terhadap cinta. Kononnya cinta membawa kepada gejala dosa dan maksiat. Adakah tanggapan itu benar?

Realitinya, kebanyakan orang yang bercinta dari kalangan lelaki dan wanita tidak menghasilkan kebahagiaan sehingga ke akhir hayat. Hanya sedikit sahaja orang yang bercinta membawa kepada kebahagiaan yang hakiki. Jurang kedua dua ini menunjukkan bahawa cinta itu sebenarnya suci, tetapi dicemari oleh keimanan yang lemah yang membawa kepada cinta yang didalam murka Allah, dan jikapun bersatu kerananya, ianya tidak kekal lama...

Cinta seharusnya tidak perlu disempitkan skopnya. Bahkan tidak salah percintaan antara lelaki dengan wanita asalkan ianya didalam batasan yang dibenarkan Islam. Bukankah terdapat sebuah hadith yang menyebut bahawa tujuh golongan yang dilindungan arasy yang salah satunya ialah pasangan yang bercinta, mereka yang bertemu dan berpisah kerana Allah?

Sebenarnya cinta seseorang sama ada terhadap pasangan, keluarga, harta, mahupun negara ada kaitannya dengan perintah Allah dan Rasulullah s.a.w. Walau apa pun bentuk cinta seseorang, mestilah dibina kerana Allah dan rasul Nya. Cintanya kerana kehendak Allah dan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w..

Meskipun seseorang lelaki bercinta dengan wanita, dia tetap menghormati larangan Allah lalu tidak melakukan apa pun perbuatan yang membawa kepada DOSA. Dia memuliakan wanita tersebut kerana Rasulullah s.a.w. memuliakan wanita lalu tidak mahu merosakkan maruahnya. Mereka menyedari hukuman Allah..

Tetapi semua itu tidak berlaku pada zaman ini, mereka bercinta bukan kerana Allah dan Rasulullah s.a.w. tetapi kerana nafsu dan pujukan syaitan semata-mata. Oleh sebab itulah pada saat kemuncak percintaan mereka akan berlaku perkara yang tidak diingini dan tidak dijangkakan. Akhirnya ada antara mereka terpaksa berkahwin dalam keadaan bakal isterinya hamil, berkahwin kerana ditangkap dan lebih malang lagi ada yang sanggup membunuh anak didalam kandungan.

Hakikatnya mereka bukan bercinta, mereka sedang menuruti hawa nafsu jahat mereka... bukan cinta kerana Allah tetapi berniat jahat menzalimi diri sendiri dan menganiaya orang lain. Cinta yang dilafazkan mempunyai kepentingan peribadi. Wanita itu tertipu terpedaya kerana kejujuran cintanya. Sedangkan cinta mereka itu bukan kerana Allah dan Rasul-Nya..

Oleh hal yang demikian, umat Islam perlu akur dengan perintah Allah ini kerana sesuatu yang disuruh mesti ada sebab musababnya. Sebaliknya sesuatu yang dilarang mesti ada kebaikan, juga keburukan nya juga kepada mereka. Jika manusia mengikutnya, pasti mereka beroleh keselamatan dan kebahagiaan, dan hidup dalam redha Allah..

Begitu juga halnya kalau kita mencintai harta dan segala milik kita di dunia ini, sewajarnya dipelihara sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah dan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Dalam hal ini Allah memerintahkan manusia membayar zakat, bersedekah, memberi makan dan sebagainya. Oleh sebab itu, walaupun terlalu cinta pada harta, mereka tetap wajib mengeluarkan zakat dan berusaha membantu orang yang susah, kerana tidakan sedemikian adalah sikat yang benar dalam menyayangi harta. Bukankah ada janji Allah dia akan menambah rezaki tersebut?

Kalau umat Islam dan manusia sejagat dapat meletakkan cinta pada tahap yang disebut di atas, pasti mereka akan taat kepada Allah pada semua perintah Allah. Dalam masa yang sama mereka tidak akan melakukan dosa dan maksiat sama ada sewaktu berada di tempat gelap, apatah lagi jika berada di khalayak ramai..

Orang yang meletakkan cinta di tahap itu bererti mereka benar benar cinta kepada Allah dan rasul Nya. Hakikat inilah yang patut difahami oleh umat Islam dan manusia seluruhnya. Inilah dua cinta dalam satu, yakni memiliki indahnya cinta dan mendapat keredhaan Allah. Cinta yang membawa pada keselamatan hidup didunia dan juga kebahagiaan yang kekal abadi diakhirat..

Dalam hal ini jika seseorang itu bercinta tetapi tidak merasai kewujudan Allah lalu membelakangkan hukum Allah, mereka bukanlah orang yang beriman. Inilah barangkali yang dikatakan "CINTA ITU BUTA", mereka tidak dapat melihat pencipta alam walaupun mereka mengagumi setiap ciptaan Allah yang tercipta di alam itu..

Berpadalah dalam menyayangi, mencintai dan mengasihi sewaktu di alam percintaan kerana terlalu menyayangi, mencintai dan mengasihi akan menyebabkan anda sanggup berkorban. Pengorbanan tak bertempat selalunya membawa padah. Pada setiap keindahan, sedarlah ada keburukan. Pada setiap kesetiaan awaslah pada kecurangan. Pada setiap janji percayalah ada kalanya akan dimungkiri. Cinta menjadikan manusia BUTA, tidak dapat menilai hakikat sebenar. Maka, elok lah tatkala bercinta seseorang dijadikan tempat bertanya. ALLAH swt sentiasa di atas, Nabi sentiasa diingati, ibu ayah tak pernah dilupakan, menebat diri dengan ilmu pengetahuan dan mencintai diri sendiri diutamakan.

CINTA ALLAH DAN RASUL

0 Response to "ITUKAH YANG DIKATAKAN CINTA? "

Post a Comment