GAUN DIHIASI AYAT-AYAT AL-QUR'AN MENGUNDANG KEMARAHAN UMAT ISLAM

Advertisement
MANAMA, BAHRAIN - Fesyen Gaun yang direka oleh mahasiswa dari salah satu universiti di Isra eel, telah mengundang kemarahan masyarakat Arab kerana pada gaun tersebut terdapat tulisan ayat-ayat Al-Qur'an.

Banyak komen-komen dan cetusan rasa tidak puas hati di jaringan sosial berkaitan berita bahawa seorang pemudi Arab dari Is raael telah merekacipta gaun tersebut untuk universitinya yang tertulis ayat-ayat dari Al-Qur'an.



Gaun dengan ayat-ayat dari surah Al-Baqarah tersebut awalnya dipost di akaun Facebook dari Fakulti Teknik dan Design Universiti Shenkar, Isr ael. Gaun tersebut sebagai sebahagian dari design yang disiapkan oleh para pelajar menurut laman berita SaudiSab dalam laporan pada hari Sabtu (11/1/2014).

Gambar seorang model memperagakan gaun tersebut yang telah dimuatnaik ke halaman Facebook Shenkar dengan judul "Cat on a hot tin roof, the Arab Spring version.”

Keluarga designer itu mengatakan bahawa mereka tidak berniat menghina Al-Qur'an atau perasaan umat Islam, dan menyatakan bahawa rekaan itu hanya untuk sebuah projek dalam pengajian di universiti tersebut.

Namun ianya ditentang hebat dan menurut Musaad, seorang blogger mengatakan bahawa siswa itu harus dihukum kerana memprovokasi umat Islam, kecuali dia dipaksa untuk merancang gaun tersebut.

"Jika dia dipaksa untuk melakukannya itu hal lain," tulisnya. "Tapi kalau itu keputusannya sendiri, maka ia harus dihukum. Dia tidak boleh memprovokasi umat Islam atau agama apapun dengan sengaja." katanya lagi.

Blogger lain mengatakan bahawa siswa tersebut dan semua pihak yang terlibat telah melakukan penodaan tehadap kitab suci.

"Kami tidak peduli apakah mahasiswa itu dari Arab atau sebaliknya, Muslim atau tidak," tulis seorang blogger yang meminta agar ianya dihukum sewajarnya.

0 Response to "GAUN DIHIASI AYAT-AYAT AL-QUR'AN MENGUNDANG KEMARAHAN UMAT ISLAM"

Post a Comment