Advertisement
Kira-kira 80 km sebelah barat daya ibu kota Turki, 'Antalya', bersebelahan dengan bandar Cirali di barat daya Turki, ada batu yang terus menyala yang terletak di sebuah gunung berbatu dan di dalam batu itu pula terus mengeluarkan api yang telah menyala selama ribuan tahun lamanya.Nyalaan api itu membakar di bahagian yang berhampiran dengan gunung. Sebab-sebab api menyala dikatakan kerana terdapat gas metana yang keluar melalui lubang bawah tanah.
Penduduk Turki menyebut Batu Terbakar itu dengan sebutan Yanartas, dan mereka menganggarkan bahawa api itu telah menyala selama 2,500 tahun lamanya.
Lubang tersebut tersebut merupakan pelepasan terbesar gas metana abiogenic yang boleh ditemui di atas tanah setakat ini.
Selama beratus-ratus tahun yang lalu, para nelayan Turki boleh melihat nyalaan api itu dari laut dan mereka sering memanfaatkannya sebagai penunjuk arah untuk mengemudi arah kapal.
Namun, hingga saat ini Batu Terbakar itu sering digunakan oleh para pendaki untuk memasak dan membancuh teh dan sebagai penghangat ketika cuaca sejuk.
Nyalaan api itu, menurut beberapa catatan kuno, telah melahirkan sebuah mitos tentang Chimera.
Menurut Mitos, Chimera di gambarkan sebagai binatang yang bernafas api.
Dengan tubuh dan kepala berbentuk singa, dan sebuah kepala kambing yang tumbuh dari punggungnya.
Manakala ekornya berupa kepala seekor ular.
0 Response to "MISTERI BATU TERBAKAR RIBUAN TAHUN DI TURKI"
Post a Comment