Advertisement
Tips - Cara Berkesan Untuk Menghilangkan Kulit Muka Berminyak | Kulit berminyak akan mengundang jerawat. Jerawat disebabkan oleh inflamasi kelenjar sebum. Munculnya jerawat adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon. Faktor-faktor lain yang sering dikaitkan dengan kehadirannya adalah keturunan, bakteria, tekanan psikologi yang keterlaluan/stress, dan cuaca. Kulit yang terdedah dengan bahan kimia tertentu mungkin merangsang munculnya jerawat. Untuk mencegahnya, ikuti petua berikut :-Gambar Hiasan |
Tips Lain Untuk Menghilangkan Kulit Berminyak
- 1. Kurangkan makanan berminyak
- 2. Minum air dengan banyak setiap hari
- 3. Pastikan anda membersihkan solekan anda setiap hari dengan make-up remover yang bersesuaian.
- 4. Sentiasa mencuci muka terutamanya selepas di luar, setidak-tidaknya, lapkan muka dan leher anda dengan kain/tisu lembap.
- 5. Jika anda menggunakan losyen muka, pastikan ianya bukan dari jenis berminyak tapi berasaskan air. Elakkan yang mengandungi “‘”mineral oil”.
Cara Semulajadi Untuk Menghilangkan Kulit Berminyak
Tips 1
Parut buah epal hingga halus dan sapukan pada muka. Biarkan selama 15 minit selepas itu cucilah dengan air suam. Lakukan 3 kali seminggu.
Tips 2
Rendamkan beras anggaran 1/2 gelas. Campurkan daun cermai dan ibu kunyit. Kesemua bahan tersebut dikisar bersama. Bersihkan muka terlebih dahulu dan sapukan bahan yang telah dikisar itu setiap kali sebelum anda tidur.
Tips 3
Ramaskan daun sirih di dalam 1 cawan air. Selepas itu, sapukan air ramasan itu pada seluruh muka dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air suam. Lakukan 3 kali seminggu berturut-turut untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.
Tips 4
Campurkan tepung dal dengan pati susu, dan sapukan pada muka. Biarkan sapuan itu sehingga kering. Selepas itu bilas muka dengan air bersih. Rendam sehelai tuala kecil ke dalam air suam kemudian perah dan tekapkan ke muka. Setelah itu lap muka anda bersih-bersih. Lakukan setiap malam sebelum tidur.
Tips 5
Campurkan sedikit madu lebah dengan air perahan asam gelugur.Jika tiada, anda bolehlah gantikan dengan air limau parut. Sapukan campuran bahan tersebut ke seluruh muka dan biarkan kering. Kemudian, bilas dengan menggunakan air bersih.
Titsanium - Titanium Tailbone Rings
ReplyDeleteThe Titsanium titanium app is a long-standing and exotic diamond patterned titanium tailbone ring set titanium element with a dense titanium quartz ivory base. The apple watch titanium vs aluminum design is easy to understand, titanium rings for men