RAUNGAN HATI SEORANG AYAH

Advertisement
Sebuah teksi berhenti dibelakang kereta isteri saya yang menghantar saya untuk rawatan. Driver teksi keluar mengambil wheel chair kerana orang tua yang dibawanya tidak berupaya berjalan. Saya tolong menyorong ke dalam dan duduk disebelahnya.

"Saya tengok Tuan Haji selalu dihantar oleh teksi, tidak ada anak ka? Soal saya memula bicara. "Isteri dah meninggal. Anak dah kerja dan dah kahwin, tinggal berasing. Saya tidak mahu suruh anak hantar kerana saya takut mereka berdosa kerana menolak, memberi alasan, atau menghantar dengan masam perasaan. Biarlah saya upah teksi"

Dia diam sejenak. Saya dah bersedia mendengar luahan hatinya. "Sekarang saya sedar, kita bela anak untuk menyenangkan hidupnya. Jangan mengharap untuk menyenangkan hidup kita." Dia mula mengesat air mata." Dosa berkata uuh! pun sudah cukup besar pada seorang anak, inikan pula menolak, memberi alasan dan bermuka masam bila diminta sesuatu. Biarlah, saya anggap saya sudah menamatkan tugas memelihara mereka. Biarlah mereka merenangi hidup tanpa diganggu."

Allahuakbar!.  Saya pula yang menitis air mata 

Kata-katanya benar benar meredupkan hati saya. Bukan tidak pernah menolak permintaan ayah, bukan pernah memberi alasan untuk tidak menunai permintaannya, bukan tidak pernah bermasam muka dengannya. Ya Allah. Orang tua ini bukan sahaja berjaya menunai tanggungjawabnya, tetapi melakukan lebih lagi dengan mengelak anak-anak terjerumus dosa.

Ayah dan emak siapa juga, akan mengorbankan seluruh kudrat yang ada demi kesejahteraan anak, yang lahir bukan atas paksaan tetapi naluri yang tuhan jadikan. Jauh disudut hati mereka mengharap anak-anak tempat bergantung dihari tua. Tetapi bagai dikata oleh orang tua yang saya temui, akhirnya bila zaman berubah, banyak anak yang terlupa, yang teralpa bila sibuk mengejar dunia, ada anak yang hilang pertimbangan antara bapa yang telah tidak berupaya serta membebankan dengan dunia yang perlu dihambat. Bapa yang baik akan meneruskan pengorbanannya seperti orang tua yang saya ceritakan, sehingga akhir hayatnya.

Berhentilah memberi alasan kepada ibu dan bapamu kerana mereka tidak pernah memberi alasan untuk memenuhi permintaanmu kecuali bila mereka benar-benar tidak berupaya!!

Alfatihan untuk ayah saya Hj Haron Nayan.

Share @ copy secara berhemah.

0 Response to "RAUNGAN HATI SEORANG AYAH"

Post a Comment