KELIBAT BATMAN MENUNGGANG KENDERAAN DI BANDARAYA TOKYO

Advertisement
Kalau dulu kita dikejutkan di Malaysia dengan kelibat 'Real Predator' yang menaiki kenderaannya pergi ke balai polis. (rujuk sini untuk berita - KLIK)


Baru-baru ini, dibandaraya Tokyo terlihat aksi 'Real BATMAN' yang menunggang kenderaannya yang unik siap berpakaian ala BATMAN

Pengguna jalan Wangan Expressway terkejut melihat aksi superhero BATMAN yang memandu motor berkenaan dilengkapi dengan pakaian fesyen menyerupai BATMAN.
"Sedang saya memandu dijalan tersebut, tiba-tiba terdengar suara anak menjerit ; "ada BATMAN" 
kata salah seorang pengguna jalan raya tersebut.
"Saya fikir dia sedang bercakap tentang sesuatu yang dilihat pada iPadnya, tetapi apabila kenderaan itu melinatas berhampiran saya,  saya terkejut melihat seseorang berpakaian seperti Batman, menyusuri jalan tersebut dengan memandu motosikalnya." 
kata beliau menambah.


Kehadiran BATMAN tersebut telah menarik perhatian orang ramai yang melihatnya kerana inilah pertama kali mereka mereka melihat BATMAN secara berdepan dan bukan lagi di panggung atau di kaca-kaca TV.  Orang ramai yang melihatnya terkejut, namun tersenyum melihat aksi tersebut yang memang diminati ramai.


Begitulah ragam manusia, mungkin kerana beliau meminatinya atau ianya dilakukan kerana hobinya atau apa juga tujuan beliau, jangan mengganggu orang lain sudah.  Asalkan beliau bahagia, pastinya orang lain juga turut bahagia melihat aksinya terutama kanak-kanak - admin

untuk melihat video memandu motor tersebut lihat di (KLIK SINI)


0 Response to "KELIBAT BATMAN MENUNGGANG KENDERAAN DI BANDARAYA TOKYO"

Post a Comment