PENYAMUN SIMPAN BARANG CURI DALAM PERUT

Advertisement
KELICIKAN seorang penyamun menyimpan barangan yang dicuri di dalam perut iaitu dengan menelannya sejak hampir 20 tahun lalu akhirnya terbongkar.

Barangan yang dicuri suspek
berjaya dikeluarkan dari ususnya menerusi pembedahan

Suspek, Dariusz Piotrowsk, 39, sering menelan barangan yang dicuri sementara menunggu pembeli bagi mengelak dia ditahan dan dipenjara.

Tanpa barangan curi yang boleh dijadikan bukti, pihak berkuasa tidak dapat menjatuh hukuman ke atas suspek.

Bagaimanapun tindakan Piotrowsk akhirnya terbongkar apabila dia mengadu mengalami kesakitan dalam perut selepas ditahan polis kerana menyamun dan menjual barangan curi.

Hasil imbasan x, pasukan perubatan terkejut melihat objek yang begitu banyak di dalam perut suspek.

Antara barangan tersebut ialah enam jam tangan, garpu, sudu, pemetik api, rokok dan objek lain yang digunakan untuk menyamun.

Penemuan barangan curi itu juga mengakhiri siasatan polis terhadap suspek sejak sekian lama kerana berhubung tindakannya yang sering menyamun terutamanya wanita.

KOMEN ADMIN ; MACAM-MACAM CARA DILAKUKAN UNTUK MENJARI DUIT DENGAN JALAN MUDAH WALAUPUN MEMBAHAYAKAN NYAWA SENDIRI. CARILAH REZEKI DENGAN JALAN YANG HALAL.

0 Response to "PENYAMUN SIMPAN BARANG CURI DALAM PERUT "

Post a Comment