WANITA LUAR BIASA, MAMPU MENULIS GUNA DUA TANGAN SERENTAK

Advertisement
Di zaman kecanggihan era teknologi masakini,  pasti ada pengguna berhadapan kesukaran untuk menulis dengan baik walaupun dengan sebelah tangan sahaja.

Chen berkebolehan menulis
dengan dua tangan serentak
tanpa sebarang alat bantuan!

Namun ianya berbeza buat seorang penterjemah China, Chen Siyuan,  beliau berkebolehan menulis dengan dua belah tangannya serentak pada satu masa.

Menarik sekali, Chen, 24, mampu menulis berlainan bahasa serentak seperti bahasa Cina dan Inggeris dalam satu masa menggunakan kedua belah tangannya.

Menurut Chen, beliau tidak melakukan sebarang latihan tetapi bakatnya muncul tanpa disedari sewaktu cuba menyelesaikan timbunan kerja sekolah beberapa tahun lalu.


"Ketika di sekolah menengah, secara tidak sedar saya telah menulis dengan kedua-dua belah tangan secara serentak," katanya.

Komen Admin ; 
Begitulah kelebihan yang telah Allah kurniakan pada seseorang. Setiap sesuatu yang Allah s.w.t. jadikan pasti ada kelebihan yang ada padanya, tinggal lagi samada mereka sedar atau tidak akan kelebihan yang Allah s.w.t. kurniakan tersebut.  Dan bagaimana mereka menggunakan kelebihan yang Allah s.w.t. tersebut samada untuk jalan kebaikan atau sebaliknya.
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat-Ku kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih" (QS. Ibrahim [14]:7).



0 Response to "WANITA LUAR BIASA, MAMPU MENULIS GUNA DUA TANGAN SERENTAK"

Post a Comment