KISAH KELDAI DAN LUBANG TELAGA

Advertisement
Suatu hari keldai milik seorang petani jatuh ke dalam telaga. Keldai itu meraung selama berjam-jam sementara si petani memikirkan apa yang harus dilakukannya untuk mengeluarkan keldai itu dari telaga tersebut.



Akhirnya si petani memutuskan bahawa keldai itu sudah tua dan telaga juga perlu ditutup karena berbahaya, jadi tidak berguna lagi untuk menolong si keldai itu. 


Dia mengajak jiran-jirannya untuk datang membantunya menutup telaga itu dengan mengisi dan mengambus tanah kedalam telaga itu. Mereka membawa sekop, cangkul dan peralatan.  Setelah tiba, mereka mulai mengaut tanah tanah bercampur kotoran air limbah yang mendap disekeliling telaga dan memasukkan ke dalam telaga. 

Ketika si keldai menyedari apa yang sedang terjadi, keldai itu berbungi seperti menjerit penuh ketakutan. Tetapi kemudiannya semua orang tidak lagi mendengar suara dari keldai itu.  Sangka mereka keldai itu telah mati tertimbus. 

Setelah beberapa cangkul dan sekop menuangkan tanah dan kotoran limbah lagi ke dalam telaga, si petani melihat ke dalam telaga tercengang dan terkejut melihat apa yang terjadi didalam telaga. Dia terus memerhatikan tanpa berkata apa-apa kerana kagum dengan usaha keldainya itu.

Walaupun terus ditimbus oleh bersekop-sekop tanah dan kotoran, si keldai melakukan sesuatu yang menakjubkan. Keldai itu menggoncang-goncangkan badannya agar tanah yang menimpa badannya turun ke bawah, lalu keldai itu menaiki tanah yang semakin meninggi itu. 

Sementara jiran-jiran si petani terus menuangkan tanah ke dalam telaga itu, dan keldai itu terus menggoncangkan badannya dan melangkah naik sedikit demi sedikit. Setelah hampir penuh, keldai terus meloncat keluar dan semua orang terkejut kerana keldai yang disangka telah tertimbus, meloncat keluar telaga dan melarikan dirinya.

Begitulah pengajarannya dengan kehidupan ini, dunia terus saja menuangkan tanah dan kotoran kepadamu, segala macam bentuk ujian dan cabaran... Sehinggakan kamu terjerumus kedalam lembah dosa dan maksiat!

Cara untuk keluar dari “telaga” masalah, ujian terhadap maksiat yang kotor dan sebagainya, adalah berusaha (dengan ilmu dan fikiran) untuk keluar (memperbaiki diri) dan memijak (meninggalkan keseronokan dunia yang menipu) untuk keluar dari lubang kesesatan tersebut.

Melangkah dengan ilmu sdedikit demi sedikit walaupun susah, dengan keyakinan walau diasak dengan ujian demi ujian, dengan sabar dan usaha, pasti akhirnya... percayalah kamu akan keluar dari “telaga” yang dalam dengan itu meneruskan kehidupan dalam dunia yang luas ini bagi memperbetulkan kesilapan lalu yang pernah dilalui.

Pastinya selepas itu kita akan berhati-hati agar diri kita tidak terjerumus kedalam lubang 'telaga dosa' itu lagi.   TUNTUTLAH ILMU, ALLAH MAHA PENERIMA TAUBAT.







0 Response to "KISAH KELDAI DAN LUBANG TELAGA"

Post a Comment