Advertisement
Alexander Pertz dilahirkan dari kedua orang tua Nasrani pada tahun 1990. Sejak awal ibunya telah memutuskan untuk membiarkannya memilih agamanya jauh dari pengaruh keluarga atau masyarakat. Apabila dia boleh membaca dan menulis, maka ibunya memberi untuknya buku-buku agama dari sesemua agama, baik agama langit atau agama bumi.
Semua itu tanpa bertemu dengan seorang muslim pun. Berdasarkan bacaan-bacaan tersebut dia memutuskan untuk mengganti namanya menjadi Muhammad Abdullah, dengan tujuan agar mendapatkan keberkahan Rasulullah S.A.W yang dia cintai sejak masih kecil setelah membaca perihal baginda Nabi dibuku.
Salah seorang wartawan muslim menemuinya dan ingin bertanya beberapa soalan pada anak tersebut. Namun, sebelum wartawan tersebut bertanya kepadanya, anak tersebut terlebih dahulu bertanya kepada wartawan itu,
”Apakah engkau seorang yang hafal Al Quran?”Wartawan itu berkata:
”Tidak.”Namun wartawan tersebut dapat merasakan kekecewaan anak itu atas jawapannya.
Setelah membaca buku-buku secara mendalam, Alexander memutuskan untuk menjadi seorang muslim. Padahal dia tak pernah bertemu dengan muslim seorangpun sebelumnya
Anak itu kembali berkata,
”Akan tetapi engkau adalah seorang muslim, dan mengerti bahasa Arab, bukankah demikian?”dia menghujani wartawan itu dengan banyak pertanyaan.
”Apakah engkau telah menunaikan ibadah haji? Apakah engkau telah menunaikan umrah? Bagaimana engkau boleh mendapatkan pakaian ihram? Apakah pakaian ihram tersebut mahal? Apakah mungkin aku boleh membelinya di sini, ataukah mereka hanya menjualnya di Arab Saudi saja? Kesulitan apa yang engkau alami tinggal sebagai seorang muslim di komuniti yang bukan Islami?”
Setelah wartawan itu menjawab berdasarkan pengetahuannya, anak itu kembali berbicara dan menceritakan tentang beberapa hal berkenaan dengan kawan-kawannya, atau gurunya, sesuatu yang berkenaan dengan makan atau minumnya, gamis putih yang dikenakannya, ghutrah (serban) yang dia lilitkan di kepalanya dengan model Yaman, dan beliau sering berdiri di taman untuk mengumandangkan azan sebelum dia shalat.
Kemudian dia berkata dengan penuh penyesalan,
”Terkadang aku kehilangan sebahagian solat kerana tidak tahu tentang waktu-waktu solat.”Kemudian wartawan itu bertanya pada beliau
”Apa yang membuatmu tertarik pada Islam? Mengapa engkau memilih Islam, tidak yang lain sahaja?”dia diam seketika kemudian menjawab.
”Aku tidak tahu, segala yang aku ketahui adalah dari yang aku baca tentang Islam, dan setiap kali aku menambah bacaanku, maka semakin banyak kecintaanku pada Islam. Segala yang aku ketahui adalah dari yang aku baca tentang Islam, dan setiap kali aku menambah bacaanku, maka semakin banyak kecintaanku pada Islam…."
Wartawan bertanya kembali,
”Apakah engkau telah puasa Ramadhan?”Muhammad tersenyum sambil menjawab,
”Ya, aku telah puasa Ramadhan yang lalu secara sempurna. Alhamdulillah, dan itu adalah pertama kalinya aku berpuasa di dalamnya. Dulunya sukar, terutama pada hari-hari pertama”.Kemudian dia meneruskan,
”Ayahku telah menakutkan aku bahawa aku tidak akan mampu berpuasa, akan tetapi aku berpuasa dan tidak mempercayai hal tersebut”.
”Apa cita-citamu?”tanya wartawan
Dengan cepat Muhammad menjawab,
”Aku memiliki banyak cita-cita. Aku ingin menunaikan haji ke Mekah dan mencium Hajar Aswad”.
”Sungguh aku perhatikan bahawa keinginanmu untuk menunaikan ibadah haji adalah sangat besar. Adakah penyebab hal tersebut?”tanya wartawan lagi.
Ibu Muhammad untuk pertama kalinya turut menyampuk dan berkata:
”Sesungguhnya gambar Ka’bah telah memenuhi biliknya, sebahagian manusia menyangka bahawa apa yang dia lalui pada masa sekarang hanyalah semacam khayalan, semacam angan-angan yang akan berhenti pada suatu hari. Akan tetapi mereka tidak mengetahui bahwa dia tidak hanya sekadar bersungguh-sungguh, bahkan mengimaninya dengan sangat dalam sampai pada tahap yang tidak boleh dirasakan oleh orang lain”.
Kelihatan senyuman di wajah Muhammad ’Abdullah, dia melihat ibunya yang membesarkannya. Kemudian dia memberikan keterangan kepada ibunya tentang tawaf di sekitar Ka’bah, dan bagaimanakah haji sebagai sebuah lambang persamaan antara sesama manusia sebagaimana Allah telah menciptakan mereka tanpa memandang perbezaan warna kulit, bangsa, kaya, atau miskin.
Kemudian Muhammad meneruskan,
”Aku sudah menabung dengan mengumpulkan baki wang sakuku agar aku boleh pergi ke Mekah Al-Mukarramah. Aku mendengar bahawa perjalanan ke sana memerlukan perbelanjaan 4 ribu dollar, dan sekarang aku mempunyai 300 dollar.”
Ibunya menghampirinya lalu berkata untuk berusaha menghilangkan kesan kebimbangannya, ”Aku sama sekali tidak keberatan dan tidak akan menghalanginya pergi ke Mekah, akan tetapi kami tidak memiliki cukup wang untuk menghantarnya dalam waktu terdekat ini.”
”Apakah cita-citamu yang lain?”tanya wartawan kepada anak ini.
“Aku bercita-cita agar Palestin kembali ke tangan kaum muslimin. Ini adalah bumi mereka yang dicuri oleh orang-orang Israel (Yahudi) dari mereka,”jawab Muhammad.
Ibunya melihat kepadanya dengan penuh kehairanan. Maka dia pun memberikan isyarat bahawa sebelumnya telah terjadi perdebatan antara dia dengan ibunya kerana isu ini.
Muhammad berkata,
”Ibu, engkau belum membaca sejarah, bacalah sejarah, sungguh benar-benar telah terjadi perampasan terhadap Palestin.”
”Apakah engkau mempunyai cita-cita lain?”tanya wartawan lagi.
Muhammad menjawab,
“Cita-citaku adalah aku ingin belajar bahasa Arab, dan menghafal Al-Quran.”
“Apakah engkau berkeinginan belajar di negeri Islam?”tanya wartawan
“Tentu!”tegasnya.
”Apakah engkau memiliki kesusahan dalam hal makanan? Bagaimana engkau menghindari daging khinzir?”Muhammad menjawab,
”Khinzir adalah haiwan yang sangat kotor dan menjijikkan. Aku sangat hairan, bagaimanakah mereka memakan dagingnya. Keluargaku mengetahui bahwa aku tidak memakan daging tersebut, oleh kerana itu mereka tidak menghidangkannya untukku. Dan jika kami pergi ke restoran, maka aku beritahu kepada mereka bahawa aku tidak memakan daging khinzir.”
”Apakah engkau solat di sekolah?”
”Ya, aku telah membuat sebuah tempat rahsia di perpustakaan. Aku solat di sana setiap hari,”jawab Muhammad.
Kemudian datanglah waktu solat maghrib di tengah wawancara. Anak itu terus berkata kepada wartawan,
“Apakah engkau mengizinkanku untuk mengumandangkan azan?”Kemudian dia berdiri dan mengumandangkan azan. Dan tanpa terasa, air mata mengalir di kedua mata wartawan tersebut ketika melihat dan mendengarkan anak itu menyuarakan azan.
سبحان الله
0 Response to "KISAH MUHAMMAD ALEXANDER PERTZ ANAK KECIL MEMELUK ISLAM KETIKA BERUMUR 8 TAHUN"
Post a Comment