Advertisement
Pernah tak anda mendengar lagu rama-rama nyanyian ella? Dalam banyak-banyak haiwan yang berterbangan di udara, kenapa pula dipilih tajuknya rama-rama? Melihat gelagat rama-rama membuatkan ramai orang menjadi suka, ceria dan terpesona. Ramai yang akan tersenyum melihat kecantikan rama-rama. Ramai yang akan tertarik untuk menangkap rama-rama apabila melihat ia terbang berkeliaran di udara. Kecantikan rama-rama terletak pada warna dan corak sayapnya. Akan tetapi kecantikannya tidak akan kekal jika banyak tangan yang menyentuhnya. Warna dan corak rama-rama pasti akan melekat pada jari jemari tangan-tangan yang cuba menangkapnya. Selepas itu tiada sesiapa yang akan tertarik padanya lagi?. Keindahan rama-rama telah hilang untuk dikagumi, disukai kerana telah hilang pesonanya.
Rama-rama ibarat wanita. Wanita itu indah.., Wanita itu cantik.., Wanita itu menawan.... tentunya lahir keinginan kepada lelaki untuk menyentuhnya. Jika para lelaki berjaya menyentuhnya tanpa ikatan yang halal... ianya tidak akan mengangkat darjat wanita itu sebaliknya nilai dirinya akan merosot setiap kali
ada tangan-tangan kotor mencemari tubuhnya. Harga diri dan maruah mudah tercemar jika tidak dijaga dengan sempurna menuruti apa yang diajarkan oleh Nabi. Begitulah wanita. Kecantikan wanita bagaikan rama-rama yang terbang membawa keindahan dan kecantikan corak yang Allah kurniakan pada dirinya. Ia akan membuatkan lelaki mudah tertarik pada Wanita. Tetapi untuk menjaga harga diri seorang wanita, bukanlah dengan membiarkan kecantikannya di sentuh, di pegang oleh semua yang tertarik padanya. Lagi ramai yang menyentuhnya dalam keadaan yang dimurkai Allah, lagi jatuhlah maruah dan harga dirinya. Biarlah kecantikan pada wanita itu diperolehi oleh lelaki yang mahu memilikinya melalui jalan yang dibenarkan dan tentunya di redhoi Allah.
Wanita harus menjaga harga kecantikan dan keindahan seorang wanita menuruti ketentuan dan panduan yang Allah ajarkan di dalam Al-Quran yang telah di sampaikan oleh nabi-NYA. Aurat dipelihara rapi, pergaulan dibatasi dan hanya dengan menuruti perintah Allah kemuliaan dan harga diri serta kecantikan dan keindahan seorang wanita akan terjaga dan terpelihara dengan menjadi wanita solehah yang diredhoi Allah. Daripada Anas, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
“Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), MENJAGA KEHORMATAN DIRI dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Alangkah mudahnya jalan yang Allah hamparkan kepada seorang wanita untuk masuk Syurga Allah. Antaranya menjaga kehormatan diri, mendirikan solat dan berpuasa. Apabila telah tiba jodoh pertemuannya, maka taatilah suami dan mereka akan di muliakan Allah dengan memberi keistimewaan untuk masuk syurga dari mana-mana pintu yang di kehendakinya... Alangkah mulianya seorang wanita itu....
0 Response to "PERUMPAMAAN RAMA-RAMA DAN WANITA"
Post a Comment