KENAPA ALLAH KURNIAKAN KEBAHAGIAN DAN KEBINASAAN

Advertisement
Ibnul Qayyim rahimahullah berkata:

“Salah satu tanda kebahagiaan dan kejayaan adalah bilamana seorang hamba semakin bertambah ilmunya maka semakin bertambah pula sikap tawadhu’ (rendah diri) dan kasih sayangnya. Dan semakin bertambah amalnya maka semakin meningkat pula rasa takut dan waspadanya. Setiap kali bertambah usianya maka semakin berkuranglah ketamakkan nafsunya terhadap keseronokan dunia. Setiap kali bertambah hartanya maka bertambahlah sifat kedermawanan dan kemahuannya untuk membantu sesama makhluk. Dan setiap kali bertambah tinggi kedudukan dan tarafnya maka semakin dekat pula dia dengan manusia dan berusaha untuk menunaikan berbagai keperluan mereka serta bersikap rendah hati kepada mereka.”


“Dan tanda kebinasaan iaitu bilamana semakin bertambah ilmunya maka bertambahlah kesombongan dan kebongkakkannya. Dan setiap kali bertambah amalnya maka bertambahlah keangkuhannya, dia semakin meremehkan manusia lain dan terlalu bersangka baik kepada dirinya sendiri. Semakin bertambah umurnya maka bertambahlah ketamakannya pada dunia yang sementara. Setiap kali bertambah banyak hartanya maka dia semakin kedekut dan tidak mahu membantu sesama. Dan setiap kali meningkat kedudukan dan darjatnya maka bertambahlah kesombongan dan bongkak pada dirinya."


Ini semua adalah ujian dan cubaan dari Allah untuk menguji hamba-hamba-Nya. Sehingga akan berbahagialah sebahagian kelompok manusia, dan sebahagian kelompok yang lain akan binasa.  Begitu pula halnya dengan kemuliaan-kemuliaan yang ada seperti kekuasaan, kedudukan, dan harta benda.

Allah ta’ala menceritakan ucapan Sulaiman tatkala melihat singgahsana Ratu Balqis sudah berada di sisinya,

ﻫَﺬَﺍ ﻣِﻦْ ﻓَﻀْﻞِ ﺭَﺑِّﻲ ﻟِﻴَﺒْﻠُﻮَﻧِﻲ ﺃَﺃَﺷْﻜُﺮُ ﺃَﻡْ ﺃَﻛْﻔُﺮُ

“Ini adalah kurnia dari Rabb-ku untuk menguji diriku. Apakah aku akan bersyukur ataukah sebaliknya menjadi kufur.”
(Qs. an-Naml: 40)

Maka pada hakikatnya berbagai kenikmatan itu adalah cubaan dan ujian dari Allah yang dengan hal itu akan bertambah bukti syukur bagi orang yang pandai berterima kasih sebaliknya akan memperlihatkan kekufuran dari orang yang suka mengingkari nikmat pemberian Allah s.w.t.  Itu adalah antara sebab kenapa berbagai bentuk musibah juga yang menjadi ujian yang ditimpakan dari-Nya Yang Maha Suci.  Allah menguji dengan berbagai bentuk kenikmatan dan sebagaimana Allah juga menguji manusia dengan berbagai bentuk musibah yang menimpanya. Allah ta’ala berfirman,

ﻓَﺄَﻣَّﺎ ﺍﻟْﺈِﻧْﺴَﺎﻥُ ﺇِﺫَﺍ ﻣَﺎ ﺍﺑْﺘَﻠَﺎﻩُ ﺭَﺑُّﻪُ ﻓَﺄَﻛْﺮَﻣَﻪُ ﻭَﻧَﻌَّﻤَﻪُ ﻓَﻴَﻘُﻮﻝُ ﺭَﺑِّﻲ ﺃَﻛْﺮَﻣَﻦِ ﻭَﺃَﻣَّﺎ ﺇِﺫَﺍ ﻣَﺎ ﺍﺑْﺘَﻠَﺎﻩُ ﻓَﻘَﺪَﺭَ ﻋَﻠَﻴْﻪ ﺭِﺯْﻗَﻪُ ﻓَﻴَﻘُﻮﻝُ ﺭَﺑِّﻲ ﺃَﻫَﺎﻧَﻦِ ﻛَﻠَّﺎ…

“Adapun manusia, apabila Rabbnya mengujinya dengan memuliakan kedudukannya dan mencurahkan nikmat (dunia) kepadanya maka dia pun mengatakan, ‘Rabbku telah memuliakan diriku.’ Dan apabila Rabbnya mengujinya dengan menyempitkan rezekinya ia pun berkata, ‘Rabbku telah menghinakan aku.’ Sekali-kali bukanlah demikian…” (Qs. al-Fajr: 15-17)
"Artinya tidaklah setiap orang yang Aku lapangkan (rezkinya) dan Aku muliakan kedudukan (dunia)-nya serta Kucurahkan nikmat (duniawi) kepadanya adalah pasti orang yang Aku muliakan di sisi-Ku. Dan tidaklah setiap orang yang Aku sempitkan rezkinya dan Aku timpakan musibah kepadanya itu berarti Aku menghinakan dirinya.”
(Al-Fawa’id hal. 149)

Oleh itu, marilah kita bersama-sama membentuk iman kita agar menerima apa sahaja ujian yang berbentuk musibah atau keseronokan, untuk menerimanya sebagai ujian dari Allah.  Jika kesenangan dan keseronokan, kita menjadi orang yang bersyukur namun jika sebaliknya ditimpa musibah atau ujian yang berat maka kita bersabar denga lebih mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

Semuga bermanfaat.

sumber dari ceramah di youtube bertajuk 
SEBAB SEBAB ALLAH MENDATANGKAN MUSIBAH 
oleh Ustaz Hishamuddin Abdul Aziz 

0 Response to "KENAPA ALLAH KURNIAKAN KEBAHAGIAN DAN KEBINASAAN"

Post a Comment