HUKUM MANDI TIDAK MEMAKAI KAIN BASAHAN

Advertisement
Perkara pertama yang perlu diketahui Allah perintah menutup aurat itu bukan untuk menutup kepada-Nya, ini adalah kerana Allah itu maha melihat dan sentiasa melihat, dan bukan juga untuk tutup daripada dilihat oleh Malaikat,
sebab kalau kita kena tutup dari malaikat macam mana kita nak mandi, malaikat ada di kedua-dua bahu kita, kalau bagi yang berumah tangga, bagaimana nak bersama dengan isteri?

Tidak wajib tutup daripada Allah, tidak wajib tutup daripada Malaikat, tidak wajib tutup daripada haiwan.

Kena tutup daripada orang sahaja, orang mana, orang yang haram lihat, orang yang tidak haram lihat tak pe, siapa yang tak haram lihat aurat kita, isteri kita kerana tiada aurat antara suami isteri. Aurat wajib tutup dari orang yang haram lihat.

Sekarang ni kalau kita masuk bilik air bolen dan ada isteri kita, tidak mengapalah kerana isteri kita.

Tiada masalah mandi wajib bolen selagi tiada orang yang haram melihat.

Ini adalah sedikit sebayak panduan yang telah diberikan oleh Ustaz Azhar Idrus bagi menjawab persoalan ini.  Oleh itu jelaslah bahawa mandi tidak memakai kain basahan (telan jang) jika di khalayak ramai hukumnya adalah haram. Adapun di tempat tersembunyi atau tertutup, diharuskan.

Walaupun harus, namun yang terbaik ialah mandi dengan menutup aurat dengan kain basahan atau sebagainya. Ini kerana terdapat hadis dari Mu’awiyah bin Haidah r.a. yang menceritakan; Aku telah bertanya Rasulullah s.a.w.; 
“Ya Rasulullah! Bila masanya wajib kami tutup dan bila masanya harus kami buka?”.
Jawab baginda; 
“Jagalah aurat kamu kecuali kepada isteri kamu atau kepada hamba yang kamu miliki”. Aku bertanya lagi; “Bagaimana jika sekiranya seseorang dari kami sedang bersendirian?”. Nabi menjawab; “Allah lebih layak untuk kamu malu dari manusia” 
(Riwayat Imam Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasai dan Ibnu Majah. Kata Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan).

Tonton video penjelasan dari ustaz Azhar Idrus :


0 Response to "HUKUM MANDI TIDAK MEMAKAI KAIN BASAHAN"

Post a Comment