HIKMAH DISEBALIK SOLAT

Advertisement
سُوۡرَةُ البَقَرَة

وَٱسۡتَعِينُواْ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِ‌ۚ وَإِنَّہَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى ٱلۡخَـٰشِعِينَ 
(٤٥)



Ibadah sembahyang yang dilakukan adalah untuk mendekatkan dan menghampirkan diri kepada Allah di samping dapat memperkuatkan semangat dan jiwa kita serta menjadi benteng kepada kerakusan dan keinginan hawa nafsu yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan. Ibadah sembahyang juga dapat memberikan ketenangan jiwa dan kerehatan pada diri serta menjauhkan seseorang dari sifat lalai yang boleh memesongkan. Firman Allah, 
Dan mintalah (pertolongan kepada Allah) dengan jalan sabar dan kerjakanlah sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk'. (Al-Baqarah : 45)


Ibadah sembahyang juga melatih seseorang itu supaya lebih berdisplin dan bertanggungjawab serta sentiasa mengikut peraturan masa kerja dalam menjalankan urusan kehidupan seharian kerana ibadah sembahyang itu sendiri dilakukan pada waktu-waktu yang teratur dengan mengikut adab-adab dan rukunnya.


Dalam sembahyang seseorang itu dapat mempelajari perasaan lemah lembut dan rendah diri, bersopan dan berdisplin. Sembahyang juga dapat membentuk sifat dan peribadi seseorang supaya menjadi seorang yang berakhlak mulia, jujur, amanah, penyabar dan ikhlas. Firman Allah, 
Dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun) sesungguhnya sembahyang itu (dapat) mencegah (kamu) dari melakukan perbuatan keji dan mungkar'. (Al 'Ankabut : 45)


Di bawah ini kami senarai Hikmah Solat semuga dengannya dapat membentuk hati dan jiwa yang mencintai dan mengamalkan SOLAT dalam apa keadaan sekalipun ;


1. Sembahyang menyucikan hati dan jiwa manusia serta membersihkan jasad dan tubuh badan melalui wuduk.


2. Solat menghindarkan diri dari segala maksiat dan menjadi bentang daripada segala kemungkaran.


3. Solat adalah pasak kepada syahadah, kerana dalam solat kita wajib bersyhadah 09 kali sehari. Dengan itu solat kita menguatkan lagi iman kita.


4. Solat adalah suatu tugas seorang muslim terhadap majikannya, (Tuan yang menjadikan hamba-hambaNYA) Allah SWT.


5. Solat melatih kita dalam pengurusan masa, terutamanya dalam ketetapan waktu.
  
6. Solat boleh membawa kesihatan yang lebih bermakna kepada jasad kita, kerana qiam , ruku', sujud adalah suatu 'mental' spritual dan physical exercise.


7. Niat di dalam mengajar kita untuk merancang aktiviti atau perbuatan sebelum ianya dilaksanakan.


8. Solat mengajar manusia supaya tidak cerewet. Kita boleh solat di mana-mana  sahaja tempat di bumi apabila tiba waktunya. Orang yang cerewet akan susah hidup di dunia ini. 


9. Manusia tidak boleh hidup berseorangan, solat jemaah dan jumaat mengajar manusia betapa pentingnya kerja secara berpasukan. Hinggakan walau tidak mencukupi bilangannya, jumaatnya tidak dikira sama sekali.


10. Dalam solat, kita mencari seberapa banyak pahala. semoga dengan itu hidup kita akan produktif hari demi hari. 

Semoga beroleh manfaat untuk menjadi hambaNYA yang di redhoi.

Wassalam.






0 Response to "HIKMAH DISEBALIK SOLAT"

Post a Comment