KISAH MELIHAT KEAJAIBAN SAF SOLAT LELAKI AMERIKA MEMELUK ISLAM

Advertisement
Melihat Keajaiban Saf Solat Lelaki Amerika Memeluk Islam | Dalam satu program bertajuk ONE FAMILY dalam saluran Majd Channel, Moderatornya ialah Dr. Yahya Alyahya (head of the CALL to Islam Committee) menceritakan sebuah kisah tentang seorang lelaki Amerika bukan Muslim yang berbincang dengannya mengenai Islam ketika sedang menonton siaran langsung Solat Isha’ dalam bulan Ramadhan di Makkah.Lelaki Amerika itu sangat terkejut melihat keadaan umat Islam melalui kaca TV itu, melebihi 3 Juta orang yang berhimpit antara satu sama lain di dalam Masjidil Haram pada malam terakhir di dalam bulan suci Ramadhan itu, terlalu ramai dan sangat tidak terurus.


Sheikh tersebut bertanya kepada lelaki Amerika itu : ”Berapa lama kamu fikir mereka akan menguruskan diri masing-masing untuk berada dalam barisan dan memulakan solat?"

Lelaki Amerika itu menjawab : ”Sekurang-kurangnya 2-3 jam”

Sheikh itu berkata : ”Tetapi Masjidil Haram mempunyai 4 aras?”

Lelaki itu menjawab : ”Oh, kalau begitu pasti akan mengambil masa lebih kurang 12 jam!”

Sheikh itu berkata lagi : ”Kamu bayangkan bahawa mereka datang dari seluruh pelusuk dunia dengan berlainan bahasa, mungkinkah mereka dapat berada dalam satu barisan untuk memulakan solat?”

Lelaki Amerika itu menjawab : ” Jika begitu amat mustahil bagi mereka untuk menguruskan diri agar berada dalam satu barisan untuk memulakan solat!!”

Dan apabila waktu solat sudah pun tiba, Sheikh Abdul Rahman As-Suddais berdiri tegak lalu melaungkan kalimah ”RAPATKAN SAF…“


Dan dalam beberapa saat saja, seluruh pemandangan di Masjdil Haram berubah serta merta dan 3 Juta Muslim sebentar tadi telah tersusun rapi dalam barisan hanya SEKELIP MATA.

Lelaki Amerika itu memandang kaca TV sejenak lalu beliau berkata
“ASH-HADU ALLAH ILAHA ILLA ALLAH WA ASH-HADU ANNA MUHAMMADAN RASULULLAH” – I bear witness that there is none worthy of worship but ALLAH, and I bear witness that Mohammad is His Servant and Messenger.

Lihatlah betapa ajaibnya Islam, hanya kerana saf salat saja boleh menarik penganut agama lain untuk yakin dengan agama mulia.


سبحان الله

-via

0 Response to "KISAH MELIHAT KEAJAIBAN SAF SOLAT LELAKI AMERIKA MEMELUK ISLAM"

Post a Comment