سبحان الله - JENAZAH PEREMPUAN ITU MASIH SEMPURNA

Advertisement
سبحان الله - Jenazah Perempuan Masih Segar Walaupun Sudah 30 Tahun Meninggal Dunia. | Seorang anak bermimpi didatangi ibunya yang telah meninggal dunia lebih dari 30 tahun.

Dalam mimpi tersebut si ibu meminta anaknya supaya memindahkan kuburnya bersebelahan dengan kubur suaminya.

GAMBAR HIASAN

Mungkin bagi sebahagian kita menganggap itu sekadar mainan tidur.Tetapi si anak tadi dengan bantuan orang ramai menggali kubur tersebut dan mendapati jenazah ibunya masih kelihatan segar.

Subhanallah! Sugiyem (si Ibu) telah meninggal dunia sejak 30 tahun yang lalu. Anaknya sering bermimpi agar kuburnya digali dan dipindahkan berdekatan kubur suaminya.

Wanita yang berasal dari Desa Kecamatan Jangkar, Indonesia ini meninggal dunia pada tahun 1981.

Jenazahnya masih utuh hanya agak kering, bahkan kain kafan yang membalut jasadnya masih lengkap. Dia meninggal pada usia yang masih muda iaitu 34 tahun kerana sakit.

Semasa hidupnya Sugiyem terkenal sangat solehah, tidak pernah mendedahkan auratnya di depan khalayak, rajin berjemaah di Musolla, gemar membantu orang lain dan sangat patuh kepada suaminya.

Semoga, para wanita kita tergolong ke dalam golongan mereka yang solehah yang sudah pastinya Allah janjikan Syurga untuk mereka...

Aamiin ya Rabbal'alamin..




0 Response to "سبحان الله - JENAZAH PEREMPUAN ITU MASIH SEMPURNA "

Post a Comment