KISAH ANAK YANG BERSAHABAT DENGAN ULAR - BESERTA GAMBAR

Advertisement
Sambath Uon, kanak-kanak 13 tahun yang lalu ketika itu berusia tujuh tahun, dari Kemboja telah menjadi sahabat setia seekor dengan ular sawa Burma sepanjang 15 kaki.

Ular peliharaan keluarganya yang dipanggil Chamreun (bermaksud Tuah) memasuki rumah Sambath 13 tahun lalu ketika beliau masih bayi. Telah tiga kali cubaan ayahnya membuang ular tersebut ke dalam hutan, namun gagal kerana setiap kali dibuang, ular sawa itu akan kembali semula ke rumah Sambath.

Setelah tujuh tahun hidup bersama, akhirnya hubungan Sambath dengan ularnya semakin akrab. Bahkan kanak-kanak ini juga berjaya mengajar ular sawa tersebut melakukan beberapa aksi untuk dipertontonkan kepada orang-orang kampung. Orang-orang kampungnya juga dapat menerima baik kehadiran Chamreun dan menganggap ular sawa ini akan membawa tuah kepada mereka menurut kepercayaan mereka.















komen admin ;

Kasih saya jika telah terjalin, ianya tidak lagi mengira batas manusia dan haiwan.  Namun bersahabatlah dalam persabatan yang tidak menyanggahi hukum Allah.  Kerana ada antara kita, yang menggunakan alasan kerana kasih dan sayang, mereka melakukan perkara yang menentang perintah Allah s.w.t.  Seeprti contoh kerana atas nama kasih dan sayang, seorang lelaki dan perempuan kesana kemari berduaan, duduk rapat-rapat hingga akhirnya membawa kepada perzynaan.  Binatang berhubung atau berkahwin antara mereka tanpa hukum, tak apalah kerana mereka binatang... kita? Bukankah kita manusia yang ada hukum hakam yang perlu kita patuhi yang telah diajarkan Nabi s.a.w.? 

Oleh itu, kasih sayang itu biarlah dalam keredhaan Allah s.w.t.  Ular ini pun tahu erti kasih sayang... anak ini telah memeliharanya... tetapi ada antara kita yng sanggup membiarkan ibu bapa menderita kerana cinta dan kasih sayang kononnya... Sedangkan ibubapa yang memeliharan kita sejak kecil, kita abaikan mereka... fikirkan

sumber - http://www.tt5.com/pictures/boy-friend-with-snake-photos.html


0 Response to "KISAH ANAK YANG BERSAHABAT DENGAN ULAR - BESERTA GAMBAR"

Post a Comment