Advertisement
Kisah seorang pemuda, Mohd Hafiz, 23 yang meninggalkan pesanan akhirnya sebelum ajalnya.“Kalau aku kemalangan dan cedera parah, aku teringin sangat untuk lihat bagaimana reaksi orang yang aku sayang, di saat aku penuh berlumuran darah. Nak tahu siapa teringin lihat senyuman dan gelak ketawa aku.
“Entah di hospital atau kubur, jika meninggal dunia, berharap agar orang yang aku sayang datang menziarahi kubur aku dan sedekahkan al-Fatihah buat aku, tapi tolong jangan menangis depan jenazah aku kerana ketika itu aku sudah tidak berdaya untuk lapkan air mata.”
membaca terutama keluarganya. Ia disedari rakan Hafiz yang memaklumkan kepada abangnya.
“Saya hampir menitiskan air mata membaca status itu kerana masih berat untuk menerima pemergiannya,” kata abangnya Jaslly Abu Salem, 33.
“Ketika sampai di lokasi kejadian arwah masih bernafas, namun saya berasa amat hiba selepas melihat keadaan adik sendiri yang lemah dan tidak bermaya.
“Mungkin saya bernasib baik kerana dapat menatap wajah arwah ketika dia masih hidup sebelum menghembuskan nafas terakhir,” kata Jaslly lagi menceritakan detik kemalangan tersebut.
Ibunya sempat ke lokasi kejadian, namun pengsan melihat keadaan Mohd Hafiz yang sedang nazak, katanya lagi.
Mohd Hafiz terlibat kemalangan 1.40 petang sabtu lalu di Kampung Nelayan, Balik Pulau, motosikal yang ditunggangnya terlanggar tiang elektrik ketika cuba mengelak sebuah kereta yang membuat pusingan ‘U’ secara tiba-tiba.
0 Response to "SUBHANALLAH - STATUS TERAKHIR BAGAI TAHU BAKAL DIJEMPUT AJAL"
Post a Comment