PENGERTIAN DAN CARA BERISTINJA' DENGAN BETUL DALAM ISLAM

Advertisement
Pengertian Dan Cara Beristinja' Dengan Betul Dalam Islam | Jom kita teruskan membaca.

Gambar Hiasan

A. Pengertian Istinja

Istinja dari bahasa Arab الْاِسْتِنْجَاء . Istinja menurut istilah syariat Islam ialah bersuci sesudah buang air besar atau buang air kecil.

اَنَّهُ صَلىَ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّبِقَيْنِ فَقَالَ : اِنَّهُمَا يُعَذَّبَانِ, اَمَّا اَحَدُهُمَا فَكَانَ يَمْشِى بِالنَّمِيْمَةِ وَاَمَّاالْاَخِرُ فَكَانَ لاَيَسْتَنْزِهُ مِنْ بَوْلِهِ ـ رواه البخارى ومسلم

Maksudnya : “Bahawa Nabi (s.a.w) melalui dua buah kubur, ketika itu baginda berkata; ‘kedua-dua orang ini (yang ada dalam kubur itu) diseksa oleh Allah . Yang seorang diseksa kerana mengumpat orang dan yang seorang lagi diseksa kerana tidak beristinjak selepas buang air kecil.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Abi Qatadah ra daripada Nabi SAW bersabda :

Apabila seseorang kamu kencing, maka janganlah ia mengambil (memegang) zakarnya dengan tangan kanannya dan jangan ia beristinjak dengan tangan kanannya.” (Riwayat Al-Bukhari)

B. Cara Beristinja

Beristinja ini hukumnya adalah wajib bagi orang yang baru saja buang air besar maupun buang air kecil, baik dengan air ataupun dengan benda selain air. Benda selain air yang dapat digunakan untuk beristinja ialah benda yang keras dan kesat seperti batu, kertas atau daun-daun yang sudah kering.

Cara beristinja dapat dilakukan dengan salah satu tiga cara seperti berikut:

1) Membasuh atau membersihkan tempat keluar kotoran air besar atau air kecil dengan air sampai bersih. Ukuran bersih ini ditentukan oleh keyakinan masing-masing.

2) Membasuh atau membersihkan tempat keluar kotoran air besar atau air kecil dengan batu, kemudian dibasuh dan dibersihkan dengan air.

3) Membasuh dan membersihkan tempat keluar kotoran air besar atau air kecil dengan batu atau benda-benda kesat lainnya sampai bersih. Membersihkan tempat keluar kotoran air besar atau air kecil ini sekurang-kurangnya dengan tiga buah batu atau sebuah batu yang memiliki tiga permukaan sampai bersih. Rasulullah saw. bersabda sebagai berikut:

Untuk kaum Adam ;

1) Apabila lepas membuang air kecil, disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing dipastikan keluar kesemuanya.

2) Lepas itu urutlah batang dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dengan air sesucinya.

Untuk kaum Hawa pula ;

1) Apabila membasuh kemaluannya, pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih.

2) Janganlah dengan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.

Syarat-syarat istinja dengan menggunakan batu atau benda keras (kesat) terdiri dari enam cara :


1) Batu atau benda itu keras (kesat) dan harus suci serta dapat dipakai untuk membersihkan najis.

2) Batu atau benda itu tidak termasuk yang dihormati misalnya bahan makanan dan batu masjid.

3) Sekurang-kurangnya dengan tiga kali usapan dan sampai bersih.

4) Najis yang akan dibersihkan belum sampai kering.

5) Najis itu tidak pindah dari tempat keluarnya.

6) Najis itu tidak bercampur dengan benda lain, meskipun benda itu suci dan tidak terpercik oleh air.

Video cara beristinja' bagi kaum Hawa :

0 Response to "PENGERTIAN DAN CARA BERISTINJA' DENGAN BETUL DALAM ISLAM"

Post a Comment