Advertisement
Melalui sebaran di Whatsapp, kedengaran suara wanita yang berada di pusat pemindahan banjir di Manek Urai meminta pertolongan menyelamatkan mereka ke tempat yang lebih selamat. Disamping itu juga, beliau meminta doa dari rakyat Malaysia kerana tiada bantuan di tempat mereka kerana banjir melanda hampir di banyak tempat di pantai timur termasuk manik urai di kelantan di mana panggilan melalui whatsapp ini dibuat.Jajahan Kuala Krai dan Gua Musang paling terjejas berikutan banjir pusingan kedua yang melanda Kelantan sejak Isnin lalu. Malah pertama kali dalam sejarah Kampung Manek Urai Lama di Kuala Krai lumpuh sama sekali apabila air bah memenuhi segenap ruang kampung. Mangsa banjir di situ terpaksa dipindah ke tingkat tiga selepas paras air meningkat dengan mendadak. Manek Urai seolah-olah menjadi lautan.
Jalan perhubungan dari Kota Bharu ke Gua Musang terputus di banyak tempat ekoran ditenggelami air termasuk di Kampung Pahi, Sungai Durian dan Simpang Tiga Guchil. Banyak kenderaan terperangkap. Keadaan itu menyebabkan bantuan sukar untuk disampaikan ke lokasi banjir yang terjejas teruk.
Mengalir air mata ADMIN mendengar rayuan dari suara wanita yang berada di pusat pemindahan banjir di Manek Urai yang berada didalam keadaan yang amat terdesak dan tertekan.
Dengarkan rayuan tersebut DISINI dan sama-samalah kita mendoakan saudara-saudara, dan sahabat handai kita.
Gambar-gambar banjir yang telah dikongsikan oleh rakan-rakan ;
berita penuh boleh di baca di KLIK
0 Response to "BANJIR - SUARA RINTIHAN PILU MOHON BANTUAN HAMPIR KETIKA TENGGELAM"
Post a Comment