JAWAPAN AL-QURAN TERHADAP PERSOALAN SUAMI ISTERI

Advertisement
1. Soalan : 

  • Mengapa jika dia marah, lantas memukul diriku ?


Jawapan Quran 
Surah Al Anbiya ayat 3 : “Hati Mereka Dalam Keadaan Lalai.”
Oleh sebab itu, dalam kehidupan bekerluarga, bentuklah keluarga yang lebih mencintai ILMU. Berhibur sekadarnya sahaja
keran jika menjadi orang yang lalai maka dia akan marah dan keadaan emosi dengan melepaskannya dengan tindakan secara fizikal, kerana ketika itu hati dalam keadaan lalai dari mengingati Allah


2 . Soalan : 

  • Mengapa isteriku/suamiku sering marah-marah kepadaku, tanpa masalah besar kadangkala masalah yang remeh?


Jawapan Quran 
Surah Al Anbiya ayat 20 : “Mereka (malaikat-malaikat) bertasbih tidak henti-henti malam dan siang”
Bila hati senantiasa cinta kepada hiburan dan gelak tawa, maka pastinya liza dan hati akan lupa untuk senantiasa berzikir dan bertasbih kepada Allah.  Dengan banyak mengamalkan zikir baik dengan lisan mahupun hati, makan hati seseorang itu akan menjadi tenang dan mereka juga akan tenang dalam menghadapi masalah yang mendatang.

3 . Soalan : 

  • Mengapa Allah memberiku jodoh, orang seperti dia yang mempunyai banyak kekurangan & kelemahan?


Jawapan Quran
Surah Al Anbiya ayat 23 : “Allah tidak ditanya tentang apa yang Allah kerjakan, tapi kamulah yang akan ditanya.”
Kerana Kehendak Allah menjadikan suami/ isteri kita dengan kelebihan dan kekurangannya maka jangan tanya mengapa Allah berbuat seperti ini kepada kita, tetapi nanti kita yang akan ditanya, sebenarnya apa yang telah kita kerjakan untuk memperbaiki sifat buruk pasangan kita , dan kita sendiri sebenarnya bukan makhluk sempurna. Maka jangan tanya apa yang ALLAH lakukan tapi engkau yang akan di tanya ALLAH, apa yang sudah engkau perbuat

4 . Soalan : 

  • Mengapa Allah terus mengujiku dengan perangai suami/isteri yang tidak mengikut kehendak agama?


Jawapan Quran
Surah Al Anbiya ayat 35 : “Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan kamu akan dikembalikan kepada kami.”
Setiap kehidupan bermakna kita akan berhadapan dengan masalah? Tiada kehidupan yang tidak akan menempuh ujian. Maka keburukan pasangan kita hendaknya kita hadapi dengan sikap yang sabar dan selalu berdoa agar Allah memberi petunjuk hidayah pada pasangan kita. Ajak pasangan kita untuk menghadiri pengajian, solat jamaah di masjid, menjenguk orang sakit, melihat/ziarah kubur dengan niat untuk banyak mengingat kematian, memperbanyakkan menderma dan bersedekah. Semoga Al-Quran dan kematian boleh menjadi nasihat baik buat pasangan kita

5 . Soalan : 

  • Apa yang perlu saya lakukan saat ini, pasanganku marah dan keluar dari rumah dan tiada khabar berita?


Jawapan Quran
Surah Al Anbiya ayat 87 : Dan ingatlah kisah Zun Nun (Nabi Yunus) ketika dia pergi dalam keadaan marah, lalu dia menyangka bahawa Kami tidak akan menyulitkannya, maka dia berdoa kepada Allah dalam keadaan yang gelap, Laa Ilaaha illaa anta Subhanaka inni Kuntu minadholiimiin”
Jika pasangan nusyuz, keluar dari rumah kerana marah, sebaiknya kita banyak berdoa kepada Allah seperti doa Nabi Yunus semasa berada di dalam perut ikan, di dalam dasar laut dan di kegelapan malam, iaitu Laa Ilaaha illaa anta Subhanaka inni Kuntu minadholiimiin

6 . Soalan : 

  • Doa Apa yang harus kami baca bila sehingga saat ini kami belum mempunyai zuriat keturunan?

Jawapan Quran 
 Surah Al Anbiya ayat 89 : “Dan ingatlah ketika Zakaria berdoa kepada Allah, “Ya Tuhanku, janganlah Engkau biarkan aku seorang diri (tanpa keturunan) dan Engkaulah waris yang terbaik.”
dan
Quran Surah Al Anbiya ayat 90 : “Maka Kami kabulkan doanya dan Kami anugerahkan kepadanya Yahya, dan Kami jadikan isterinya dapat mengandung. Sungguh mereka selalu bersegera melakukan kebaikan dan mereka berdoa kepada Kami dengan penuh harap dan cemas. Dan mereka orang-orang yang khusyuk kepada Kami.”
Doa Nabi Zakaria ini dikabulkan dengan diiringi 3 syarat hingga mereka diberi Allah keturunan , iaitu;
1 . Bersegera melakukan kebaikan dan ikhtiar
2 . Berdoa dengan penuh keikhlasan berharap cemas
3 . Menjadikan hidup khusyuk hanya kepada Allah S.W.T

7 . Soalan : 

  • Lantas apa maksud surat Al Anbiya ini disajikan sebagai nasihat kepada kami?

Jawapan Quran
Surah Al Anbiya ayat 106 : Sungguh apa yang disebutkan di dalam Al-Quran ini, benar-benar menjadi petunjuk (yang penuh) bagi orang-orang yang menyembah Allah.”

8 . Soalan : 

  • Apa balasan daripada Allah, jika aku imani dan kukerjakan dalam surah Al Anbiya ini?

Jawapan Quran
Surah Al Anbiya ayat 105 : “Dan Sungguh Kami tulis di dalam Zabur selepas tertulis di dalam Lauh Mahfuz bahawa bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hamba Ku yang soleh.”

♥ MOGA BERMANFAAT ♥, Insya'Allah

0 Response to "JAWAPAN AL-QURAN TERHADAP PERSOALAN SUAMI ISTERI"

Post a Comment