Advertisement
Kelahiran pelik yang sangat istimewa berlaku dimana sepasang bayi kembar perempuan yang lahir dengan berpegang tangan semalam. Peristiwa itu amat menyentuh hati doktor-doktor dan jururawat-jururawat yang bertugas menyambut kelahiran bayi kembar istimewa itu. Kejadian ini berlaku di OHIO – AMERIKA SYARIKAT.Lebih ajaib dan menakjubkan, bayi tersebut mampu bernafas dengan sendirinya tanpa memerlukan bantuan alat pernafasan seperti bayi-bayi lain yang baru dilahirkan.
Ibu pasangan kembar itu, Sarah Thistlethwaite berkata, kelahiran ini lebih istimewa kerana mereka lahir kebetulan pada sambutan Hari Ibu, lapor AFP.
"Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata bagaimana perasaan ini apabila mendapat tahu bahawa bayi kembar yang saya lahirkan berada dalam keadaan baik," katanya.
Bayi kembar tersebut berkongsi kantung amnion dan plasenta. Kelahiran istimewa sedemikian itu dipanggil monoamniotik atau " mono mono " dan doktor mengatakan ia berlaku dalam kira-kira satu daripada setiap 10,000 kehamilan yang terjadi di dunia.
Mereka dilahirkan pada hari Jumaat di Pusat Perubatan Besar Akron.
Komen : Kuasa Allah yang menunjukkan kekuasaannya. Subhanallah
0 Response to "BAYI KEMBAR LAHIR BERPEGANGAN TANGAN"
Post a Comment