Advertisement
Berapa banyak report polis telah dibuat hasil dari penipuan yang telah dilakukan kepada mereka yang terpedaya dengan keinginan untuk cepat kaya.Berapa ramai yang terpaksa bergadai bergolok semata-mata ingin mencapai impian yang penuh dengan tipu daya ini, namun atas rasa ingin hidup senang, ‘raja penipu’ ini akan terus menjalankan tawaran juta-juta mereka untuk mengaut keuntungan dalam masa yang singkat.
Hari ini kita dikejutkan lagi oleh berita bertajuk Muslihat baru ‘raja penipu’
Kuala Lumpur: Selepas tiga tahun menghilang, skim pelaburan haram terkenal Dana Haji Jasman dikesan muncul kembali dengan muslihat baru. Kali ini dalang skim itu mendakwa mahu mengagihkan dana tabung emas raja-raja Melayu bernilai berpuluh bilion dolar di Bank Dunia dengan pelabur dijanjikan pulangan lumayan sehingga RM50 juta bersama bonus sebuah kereta mewah.
Penganjur skim cepat kaya itu dikesan memperkenalkan beberapa pakej pelaburan baru kepada orang ramai dengan pulangan dianggap tidak munasabah mencecah 10,000 kali ganda dari wang dilaburkan.
Berdasarkan maklumat diperoleh, sindiket itu menawarkan empat pakej pelaburan serendah RM100 yang membolehkan pelabur mendapatkan pulangan ‘durian runtuh’ sebanyak RM1 juta selain sebuah kereta mewah.
Pelabur juga boleh memilih pakej B iaitu membabitkan pelaburan RM300 yang membolehkan pelabur memperoleh pulangan ‘durian runtuh’ sebanyak RM3 juta bersama kereta mewah model Mercedes- Benz C200.
ANTARA pakej penipuan skim cepat kaya terbaru
dikenali Tabung Emas Raja-Raja Melayu
Sumber polis berkata, siasatan mendapati sindiket turut memperkenalkan pakej C dengan pelaburan sebanyak RM500 bagi memperoleh keuntungan RM20 juta dan sebuah kereta mewah Mercedes-Benz E400.
“Selain itu terdapat juga pakej D membabitkan pelaburan sebanyak RM1,000 yang menjanjikan pulangan RM50 juta serta kereta Mercedes-Benz S350.
0 Response to "BERHATI-HATILAH PENIPUAN SKIM CEPAT KAYA TERKINI - SEBARKAN SUPAYA TIDAK TERTIPU "
Post a Comment