SEKOLAH PERCUMA DI BAWAH JAMBATAN MEMBUATKAN DIA JADI HERO (4 GAMBAR)

Advertisement
Sekolah Percuma Di Bawah Jambatan Membuatkan Dia Jadi Hero (4 Gambar) | Seorang lelaki di India telah di angkat menjadi hero apabila beliau telah berjaya mengendalikan sekolah percuma di bawah sebuah jambatan untuk anak-anak dari keluarga miskin di New Delhi.

Menurut NBC News, Rajesh Kumar Sharma mengajar sekurang-kurangnya 30 kanak-kanak setiap hari. Kebanyakan kanak-kanak dari keluarga miskin ini datang dari kampung-kampung yang berdekatan. Selama dua jam setiap hari minggu, Sharma akan memperuntukkan masanya mengajar kanak-kanak tersebut.



Sharma, seorang bapa berusia 43 tahun dari Aligarh, terpaksa berhenti dari kolej di tahun ketiga kerana masalah kewangan. Apabila dia membuat keputusan untuk memulakan sekolah secara percuma, dia bertekad tidak mahu anak-anak di New Delhi yang lain menghadapi masalah yang sama seperti beliau. Tidak dapat melanjutkan pelajaran hanya kerana keluarga mereka miskin.

Biarpun sekolah tersebut hanya di bawah jambatan, tapi beliau puas kerana mampu berbakti kepada masyarakat di kampungnya. Sekurang-kurangnya dia mampu memberi ilmu kepada anak-anak yang tidak berkemampuan dari keluarga yang miskin.





-via

0 Response to "SEKOLAH PERCUMA DI BAWAH JAMBATAN MEMBUATKAN DIA JADI HERO (4 GAMBAR)"

Post a Comment