KISAH SEORANG DOKTOR WANITA YANG BERTAUBAT

Advertisement
Kisah Seorang Doktor Wanita Yang Bertaubat | Seorang alim telah dikejarkan ke hospital akibat telah dipukul teruk oleh bebarapa orang perompak, dia telah dimasukkan ke unit kecemasan dan tidak sedarkan diri selama beberapa jam. Selepas beberapa jam dia akhirnya tersedar kembali, sebaik sahaja matanya dibuka dia terpandang seorang doktor perempuan yang berambut keperang-perangan disebelah katilnya, Sedang merawatnya. Lalu dia bertanya kepada doktor itu ;

"Aku dimana"


Jawab doktor wanita "Di hospital, tuan telah tercerdera teruk oleh sebab itu tuan ditempatkan disini"

"Lalu, bagaimana keadaan aku sekarang?" Tanya orang alim itu.

"Alhamdulillah.., tuan dalam keadaan stabil" Jawab doktor wanita.


Pada keesokan hari, doktor wanita yang sama merawat orang alim itu. Doktor wanita itu merawat dengan penuh cermat dan hati-hati. Pesakit itu kehairanan kerana sepatutnya bukannya doktor wanita itu yang merawatnya. Dimana jururawat?. Maka terjadilah perbualan antara mereka berdua.

Pesakit: Mengapa doktor yang merawat? Dimana jururawat?

Doktor wanita: (Tersenyum) sebenarnya muka tuan seperti ayahku, oleh sebab itu saya merawat tuan"

Pesakit: Boleh aku tanya beberapa soalan ?

Doktor wanita: Ya silakan tuan.

Pesakit: Mengapa kamu menjadi doktor?

Doktor wanita: Kerana saya sangat suka merawat, membantu orang yang sakit sehinggalah mereka sembuh. Terutama kanak-kanak kecil.

Pesakit: Jika kamu tidak menjadi doktor, maka apakah perkerjaan kamu?

Doktor wanita: Mungkin saya akan menjadi seorang polis.

Pesakit: Mengapa pula begitu?

Doktor wanita: kerana saya sangat tidak suka orang yang membuat kejaha tan, kekeja man, seperti yang berlaku kepada tuan yang telah dipukul oleh beberapa orang perom pak. Jika saya ketahui perom pak itu pasti saya akan menangkapnya.

Pesakit: Tetapi kamu wahai doktor telah menyakiti seseorang yang mulia, kamu bagaikan telah mengambil objek yang tajam lalu kamu mencucuk kebadannya.

Doktor wanita: (Kehairanan) apa maksud tuan?

Pesakit: Nabi S.A.W.

Doktor wanita: Boleh tuan jelaskan kepada saya?

Pesakit: Perbuatan umat Muhammad S.A.W yang ingkar padanya seperti mengambil objek yang tajam, lalu mencucuk-cucuk objek itu kebadan baginda hingga berdarah dengan mengingkari ajaran Baginda Nabi S.A.W

Doktor wanita: (Menundukan padangan) Lalu apa yang perlu saya buat?

Pesakit: Telah kamu katakan padaku tadi, bahawa kamu suka merawat orang. Maka kamu rawatlah baginda.

Doktor wanita: Bagaimana caranya tuan?

Pesakit: (Tersenyum) Memperbanyakkan berselawat keatas Rasulullah S.A.W, dan ikuti apa yang telah diajarkan Nabi, orang yang berselawat bagaikan seorang doktor yang merawat tubuh baginda yang telah dicucuk-cucuk serta taatlah akan perintah Allah dan Rasul-Nya.

Doktor wanita: (Keluarlah air mata dipipinya) dan terus keluar dari bilik pesakit yang diduduki oleh orang alim itu.

Pada keesokan harinya orang alim itu melihat doktor wanita yang merawatnya dan bertanya.

Pesakit: Boleh aku tahu, dimana doktor perempuan berambut keperang-perangan yang merawat aku semalam?

Doktor wanita baru yang disangka oleh orang alim itu tersenyum dan berkata "Sayalah orangnya tuan, nasihat tuan telah membuka hati saya" Orang alim itu tersenyum kesyukuran dan terperanjat melihat doktor wanita itu sudah menutupi kepalanya dengan tudung dan membaca Bismillahirahmanirahim, berselawat sebelum merawatnya.

Pengajarannya ; Sesuai dengan firman Allah tentang tugas menyampaikan dakwah ini, salah satunya adalah seperti berikut ;

ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ ۖ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ ۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ ۖ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ – النحل : 125

“Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.”

Sesungguhnya Hidayah itu dari Allah s.w.t.


sumber

1 Response to "KISAH SEORANG DOKTOR WANITA YANG BERTAUBAT"

  1. Greetings and Good Day !

    We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

    We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-

    Lady doctor
    MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
    Possess valid Annual Practicing Certificate
    Registered with Malaysia Medical Council
    Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
    Attended an Obstetric Life Saving Skill
    Attended A Neonatal Resuscitation Program
    Working hours negotiable with minimum on-call
    Very attractive salary RM7,000 (starting)

    Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

    Clinic information:-
    PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
    NO. 12 JALAN SL 1/13
    BANDAR SUNGAI LONG
    43000 KAJANG
    SELANGOR
    TEL / FAX: 03-90114833

    Sender:-
    Ir. Aznial Rahmat
    Director
    KASIH Group
    012 312 9264
    aznial@gmail.com

    ReplyDelete