LIRIK ALANGKAH INDAHNYA HIDUP INI - NADAMURNI

Advertisement
Lirik lagu 'ALANGKAH INDAHNYA HIDUP INI',
daripada Nadamurni

hayatilah lagunya
fahamilah maksud yang tersirat dalamnya,
InsyaALLAH akan terasa Alangkah Indahnya Hidup Ini



  Alangkah indah hidup ini,
  Hidup bersama Ilahi,
  Kehendak Allah difahami,
  Pandai menerima dari-Nya.

  Bijak menggunakan nikmat-Nya,
  Ia dianggap ibadah,
  Semua diberi pahala,
  Tarbiyyah Allah berhikmah.

  Sabar dengan ujian,
  Tanpa dihisab akan diganjari,
  Nikmat yang diberi,
  Memudahkan untuk berbakti.

  Merasai pemberiannya,
  Itulah tanda bersyukur,
  Akan ditambah lagi,
  Nikmat yang diberi.

  Terseksa bermujahadah,
  Kerana ingin menempuh jalan,
  Untuk menuju Allah,
  Panduannya Allah tunjukkan.

*Tawakkal kepada Ilahi,
  Terutama mengenai rezeki,
  Tanpa ragu2 walaupun sedikit,
  Ada jaminan pembelaan dari-Nya.

  Bila takwa pakaian kita,
  Urusan kita dimudahkan,
  Kerana kita sudah menjadi Ahlillah,
  Begitu indah hidup bersama tuhan.

  Korban harta fi sabilillah,
  Agar berdaulat kalimatullah,
  Setiap satu kebajikan,
  Tujuh ratus digandakan.

  Ulang dari *

Al-Fatihah kepada Almarhum Ustaz Asri




-

0 Response to "LIRIK ALANGKAH INDAHNYA HIDUP INI - NADAMURNI"

Post a Comment