MISTERI ANEH - BATU BERGERAK DI LEMBAH KEMATIAN

Advertisement
Death Valley atau "Lembah Kematian" di California, Amerika Ssyarikat.

Kejadian aneh berlaku dimana batu-batu bergerak meluncur dengan sendirinya, bahkan yang beratnya mencecah 317 kilogram.

Luncuran pergerakan batu jelas kelihatan di tanah yang kering kontang, tanpa kehidupan, tanah yang rekah, sepanjang 182 meter.

Keajaiban disebalik pergerakan batu ini telah menjadi misteri kepada para pengkaji Geologi Amerika Syarikat. Dalam sebuah wawancara dengan majalah Smithsonian, pengkaji menyimpulkan hasil penelitian yang dilakukan sejak tahun 2009 sebagai berikut: 
"Pada dasarnya ketulan ais terbentuk di sekitar batu. Perubahan titik cair membuat batu-batu itu meluncur di atas lumpur," demikian seperti yang dipetik Daily Mail, (17/6/2013).

Teori Lorenz menyatakan bahawa pergerakan yang sedikit sahaja boleh berlaku jika ada tiupan angin, dan berpendapat ianya lebih tepat karena cairan ketulan ais yang menyebabkan batu itu bergerak dimkana aliran ais tersebut mengurangi gesekan di permukaan.

Los Angeles Times melaporkan bahawa telah belakukan kehilangan batu-batu di Death Valley kerana ada yang berpendapat bahawa batu mempunyai kuasa ghaib yang tersendiri.






Bagi kita umat Islam, perkara ini tidak menghairankan kerana ianya adalah kuasa dan izin Allah S.W.T.  Sepertimana yang terkandung dalam Al-Quran bahawa Allah itu berkuasa mengerakkan bukan sekadar batu, malahan gunung-ganang dan bukit bukan.

Allah telah menurunkan kenyataan di dalam Al-Quran mengenai pergerakkan bumi sejak dulu lagi. Penyata ini telah diterangkan di dalam Surah an-Nalm ayat 88, yang menerangkan bahawa bumi ini sentiasa bergerak. 

MAKSUDNYA ;
Dan engkau melihat gunung-ganang,  
engkau menyangkanya tetap membeku, 
padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan; 
(demikianlah) perbuatan Allah yang telah membuat tiap - tiap sesuatu 
dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya; 
sesungguhnya Ia Amat mendalam PengetahuanNya 
akan apa yang kamu lakukan.

Ini ditambah lagi dengan persetujuan dari Ulama Tafsir mengenai pergerakkan bumi. Turut diberitahu bahawa pergerakkan bumi ini tedak dapat dilihat kerana jisim bumi yang besar dan apabila ia bergerak, pergerakkannya hampir-hampir tidak kelihatan. Seperti firman Allah yang bermaksud:

“Pada hari kami jalankan langit(runtuhkannya) dan kami gerakkan bukit-bukau (hancurkannya) sehancur-hancurnya.. 

Hal ini menunjukkan kekuasaan Allah SWT sebagai pencipta sekian alam. Menurut pakar-pakar geologi, batu-batan bumi ialah sentiasa bergerak dan tidak tinggal diam seperti yang disaksikan. Pertumbuhan gunung-gunung muda seperti yang terdapat di kawasan Asia Tenggara mengukuhkan bukti kejadian ini. Selain itu gempa bumi yang berlaku juga menggambarkan kebenaran teori ini apabila goncangan dan gelinciran permukaan bumi adalah disebabkan oleh gerakan batu-batan di bawah tanah. Kesemua ini telah diceritakan di dalam Al-Quran di dalam ayat yang bermaksud:
“Dan kamu lihat gunung-ganang itu kamu sangka ianya tetap, tetapi sebenarnya ia bergerak seperti gerakan awan. ”
Kenyataan ini telah dicetak didalam Encyclopedia Brittanica, Volume 19, halaman 426-427, Title: Rocky Mountain; Subtitle: Geologi. 

Begitulah sebenarnya Al-Quran itu mendahulu segala kajian sains moden dewasa ini ;


0 Response to "MISTERI ANEH - BATU BERGERAK DI LEMBAH KEMATIAN "

Post a Comment