KEADAAN LANGIT YANG SANGAT LUAR BIASA DI SELATAN THAILAND

Advertisement
Dari Wall Ramli Abdul Halim, terpampang gambar keadaan langit yang sangat luarbiasa. Gambar ini diambil di Selatan Thailand yang juga kedudukannya tidak jauh dari Malaysia.  Di wall tersebut tertulis ;
 "Apa petandanya? Gambar ini dirakam di Selatan Thai dan dipetik dari wall ananda Damai Darusallam, anak Patani."

Merujuk kepada sejarah Rasulullah S.A.W, Telah berkata Aishah r.a.ha; 

"apabila angin ribut, yang membawa awam hitam bertiup, wajah Nabi S.A.W. kelihatan pucat kerana takutkan Allah. Dia keluar masuk dalam keadaan gelisah sambil membaca doa yang berikut ini:"
 “Ya Allah, aku memohon kepada Mu kebaikan angin ini dan kebaikan yang ada di dalamnya dan kebaikan yang Engkau kirim dengannya. Dan aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan angin ini dan kejahatan yang ada didalamnya dan kejahatan yang Engkau kirim dengannya.”

Kata Aishah lagi; 
“Apabila hujan mulai turun, terbayang tanda-tanda kesukaan di wajah Nabi. Aku telah bertanya kepadanya: “Ya Rasullullah, apabila kelihatan awan hitam semua orang berasa suka kerana yang demikian menandakan hujan akan turun tetapi mengapa aku melihat kamu pula berasa cemas?” Dia menjawab, 
 “Ya Aishah, bagaimana aku dapat menentukan bahawa angin yang bakal mendatang itu tidak menandakan kemurkaan Allah? Kaum A’ad telah dihapuskan oleh angin. Mereka berasa gembira apabila melihat awan-awan hitam. Tetapi bukanlah hujan yang dibawanya bahkan pembinasaan mereka sendiri."
 “Maka tatkala mereka melihat (ancaman) itu sebagai awan menghadap ke lembah-lembah mereka, mereka berkata. “Ini awan yang akan menurunkan hujan keatas kita.” Bukan! bahkan ialah ancaman yang kamu minta disegerakan iaitu angin yang didalamnya azab pedih – Yang membinasakan tiap-tiap sesuatu dengan perintah Tuhannya, sehingga jadilah mereka tidak kelihatan melainkan tempat-tempat tinggal mereka. Demikianlah Kami balas kaum yang menderhaka.”

Tuhan telah berjanji melalui sepotong ayat dalam surah Al-Anfal yang Dia tidak akan mengazabkan manusia selagi Nabi ada bersama-sama mereka. Dalam pada itu pun, tiap-tiap kali angin kencang bertiup, ia berasa takut – Nabi sebaik-baik insan berasa takut. Bandingkan pula perasaannya dengan perasaan kita apabila kilat memancar ataupun banjir berlaku. Yang takut hanya segelintir sahaja. Merekalah yang mengucap Istighfar. Yang lain sibuk dengan keseronokan masing-masing.

AMAL PERBUATAN ANAS WAKTU RIBUT BERLAKU:

Diceritakan oleh Nadhr b. Abdullah.
“Pada suatu hari, ketika anas masih hidup, cuaca telah menjadi kelam. Saya pergi berjumpa dengannya sambil bertanya: “Pernah kau lihat perkara yang seperti ini berlaku semasa hayat Rasulullah?” Dia menjawab: “Aku berlindung dengan Allah. Pada masa itu kalau berlaku ribut, kami akan bersegera ke Masjid takut kalau-kalau berlaku Hari Kiamat.”

Abu Darda bercerita:
“Apabila angin kencang bertiup, Nabi Muhammad S.A.W. akan berasa cemas. Dia akan pergi ke masjid.” Amalan seperti ini jarang sekali diperbuat oleh umat Islam sekarang, sama ada dari golongan orang kebanyakan atau pun ulama. Mungkin mereka tidak ketahui yang amalan ini merupakan suatu sunnah Nabi.

sumber - azizul nizam

0 Response to "KEADAAN LANGIT YANG SANGAT LUAR BIASA DI SELATAN THAILAND"

Post a Comment